《==== KLIK 2X TUTUP PAPARAN INI Button Close

Wanita ini berkongsi petua pengurusan kewangan bisnes kecil dengan mudah

loading...

Tips dikongsi oleh Pn Sheda Said

Secara jujurnya, saya bukanlah seorang akauntan atau auditor. Saya juga bukanlah pemegang Ijazah Perakaunan.
Apa yang mahu saya kongsikan adalah sebahagian kecil pengalaman saya membuat bisnes dalam 15 tahun ni.
Perkongsian saya ini juga adalah kerana mengisi masa lapang cuti raya dan juga mungkin juga sedikit sumbangan ilmu kepada peniaga-peniaga kecil seperti saya.
Disclaimer yang saya buat diatas adalah kerana saya tidak mahu DIHENTAM oleh akauntan bertauliah dengan mengatakan saya bawa ajaran sesat.
Mungkin selepas tuan/puan membaca perkongsian saya ini, tuan/puan dapat sedikit pencerahan bagaimana mahu mengemaskini atau mahu mula membuat pengurusan kewangan bisnes tuan/puan.
Kali ini, saya mahu berkongsi 2 petua mudah yang WAJIB peniaga buat apabila memulakan peniagaan.
1) Guna Teknologi
Zaman sekarang zaman IT. Banyak perisian-perisian yang memudahkan kerja2 kita membuat akaun. Sekurang-kurangnya, gunalah EXCELL. Ia memudahkan kita mengira jumlah harian, bulanan dan tahunan. Bayangkan jika semua transaksi ini anda kira secara manual, rasanya tak cukup kalkulator nak tekan. 
2) Perlu Ada 6 Catitan (buku / sheet Excell) 
Jika anda masih lagi guna cara manual, sediakan 6 buah buku. Sebaiknya, guna 6 sheet Excell untuk sediakan 6 catitan bisnes anda.
6 catitan tersebut adalah:
1) Jualan Secara Tunai
2) Jualan Secara Kredit / Consignment
3) Belian Secara Tunai
4) Belian Secara Kredit
5) Kos-kos Overhead 
6) Catitan Cek Keluar / Masuk (saya panggil Aliran Tunai di bank)
Daripada 6 catitan ini, kita boleh rumuskan 3 perkara penting aktiviti pengurusan kewangan perniagaan.

1) Kita perlu catit transaksi DUIT MASUK dalam syarikat.

1) Kita perlu catit transaksi DUIT MASUK dalam syarikat.
Duit masuk adalah JUALAN TUNAI (samada tunai atau cek) atau duit masuk awal atau pertengahan kita buat bisnes seperti PINJAMAN BANK. 
Catitan JUALAN KREDIT adalah penting untuk kita tahu berapa ramai pelanggan yang berhutang dengan kita dan berapa jumlah hutang. Ini memudahkan kita, membuat 'follow up' dengan mereka sehingga dapat jumlah yang mereka hutang. Banyak kes, pelanggan yang tidak bayar hutang. Saya tidak cadangkan kepada mereka yang baru mahu berniaga atau mempunyai modal pusingan yang terhad dengan memberi hutang atau consignment. Nanti anda yang penat untuk kutip hutang!
Jika banyak duit masuk berbanding duit keluar, ini salah satu petanda perniagaan yang anda jalankan bagus.

2) Kita perlu catit transaksi DUIT KELUAR dalam syarikat.

2) Kita perlu catit transaksi DUIT KELUAR dalam syarikat.
- Duit keluar yang perlu dicatit adalah apabila kita membuat PEMBELIAN STOK SECARA TUNAI.
- Kita juga perlu catit PEMBELIAN STOK SECARA KREDIT. Biasanya, bila kita lama berurusan dengan pembekal dan rekod kita bagus, pembekal akan beri kita kredit. Lagi lama kredit yang diberikan, lagi bagus. Ini memudahkan kita buat pusingan modal. Namun demikian, kita perlu catit semua transaksi supaya kita tahu berapa banyak kita berhutang dengan pembekal dan dengan pembekal mana.
- Daripada kedua-dua jenis pembelian stok ini, kita akan tahu 'rating' pembekal yang kita berurusan. Jaga hubungan baik dengan mereka.
- Simpan resit-resit yang kita keluarkan duit untuk bayar overhead syarikat dan buat catitan mengikut kategori-kategori kos.

3) Catit Cek keluar / masuk

3) Catit Cek keluar / masuk
2 perkara yang perlu ambil perhatian apabila membuat catitan cek yang dikeluarkan dan cek yang kita terima.
1) Catit amaun dan tarikh cek setiap kali keluarkan cek. Tolak siap-siap amaun yang ada dalam bank walaupun cek tersebut lambat di 'clear' kan. Jangan sesekali menganggap duit yang banyak dalam bank, adalah duit kita kerana cek yang belum di 'clear' kan.
2) Catit tarikh 3 hari ke atas selepas kita masukkan cek yang kita terima. Ini kerana untuk beri masa bahawa duit betul-betul dah masuk dalam akaun kita atau cek yang kita terima itu mungkin cek tendang.
2 perkara di atas, adalah untuk mengelakkan cek yang kita mahu beri pada pembekal adalah cek tendang disebabkan dalam akaun kita tidak mencukupi tunai.
 Jika berlaku tidak mencukupi tunai dan kita telah pun beri cek kepada pembekal awal, hubungi pembekal untuk mereka tangguhkan sekejap untuk 'bank in' cek kita. Disini, hubungan baik yang kita pupuk dari awal, memainkan peranan penting.
Itu sahaja serba sedikit perkongsian kali ini.
Semoga ianya memberi manfaat dan pencerahan kepada tuan/puan mengenai pengurusan kewangan perniagaan SME.
Jika ianya bermanfaat, SHARE lah kepada sahabat-sahabat bisnes yang lain. Semoga mereka turut dapat manfaatnya.
https://www.facebook.com/PnShedaSaid/

0 Response to "Wanita ini berkongsi petua pengurusan kewangan bisnes kecil dengan mudah"

Catat Ulasan