《==== KLIK 2X TUTUP PAPARAN INI Button Close

2 Penyakit Kucing Ini Boleh Membunuh Manusia

loading...

saya kucing innocent 699
Ramai orang yang membela kucing beranggapan yang penyakit yang dihidapi oleh kucing tidak akan berjangkit kepada manusia. Selalunya, apabila kucing mereka jatuh sakit, kucing tersebut hanya dibawa berjumpa dengan doctor haiwan untuk mendapatkan ubat.
Tetapi, ramai tidak tahu yang sebenarnya ada beberapa penyakit yang dihidapi oleh kucing boleh berjangkit kepada manusia, malah boleh membahayakan nyawa orang yang membelanya. Penyakit daripada haiwan peliharaan ini tersebar melalui cakaran, gigitan, sentuhan atau najis.
DUA penyakit di bawah ini adalah antara penyakit yang paling berbahaya.

1. Toxoplasmosis

Toxoplasmosis disebabkan oleh parasit Toxoplasma gondii, yang membiak di dalam sel usus kucing. Kucing anda mungkin mempunyai parasit ini di dalam usus mereka disebabkan makan tikus dan serangga atau interaksi dengan kucing lain yang telah dijangkiti. Kucing anda mungkin nampak sihat, tetapi perutnya mungkin dipenuhi parasit ini.
kucing yang diam jangan disangka tiada penyakit
Parasit ini boleh berpindah ke dalam badan manusia sekiranya tersentuh najis kucing yang telah dijangkiti tadi dan kemudiannya tidak mencuci tangan dengan bersih sebelum makan atau menyediakan makanan.
Walaupun parasit ini hanya menyebabkan penyakit seakan-akan selsema kepada manusia yang sihat, ia boleh menjangkiti bayi di dalam kandungan wanita hamil dan menyebabkan bayi tersebut mengalami kerosakan penglihatan, atau dalam kes yang serius boleh menyebabkan keguguran.

2. Rabies

Virus ini terdapat di dalam air liur binatang yang telah dijangkiti dan kemudiannya boleh menjangkiti kucing anda melalui gigitan. Penyakit ini lebih kerap berlaku pada anjing, tetapi kucing juga tidak terkecuali. Kucing anda mungkin suka keluar rumah pada waktu malam dan berkemungkinan bergaduh dengan kucing lain atau anjing dan kemudiannya digigit. Kucing anda pula kemudiannya balik ke rumah dan menggigit anda.
saya kucing garang
Pada peringkat awal, penyakit ini menyebabkan manusia sakit tekak, pening kepala, demam, loya dan muntah. Virus rabies ini menjangkiti bahagian otak yang mengawal pernafasan dan keupayaan menelan dan menyebabkan penghidapnya mengeluarkan air liur yang terlampau banyak dan menjadi agresif. Sekiranya tidak dikawal pada peringkat awal, penyakit ini boleh membawa maut. Penyakit ini lebih dikenali oleh kita sebagai penyakit ‘anjing gila’. 
Itulah sebabnya sekiranya digigit oleh kucing atau anjing, suntikan vaksin perlu didapatkan segera. Ini untuk mengelakkan anda terkena penyakit ini dan bertukar menjadi ‘manusia gila’.

Cara Pencegahan

Walaupun kedengaran seperti sangatlah membahayakan, kedua-dua penyakit ini boleh dicegah sekiranya pemilik kucing memantau pergerakan kucing dan mengendalikan sisa buangan dan najis kucing mereka dengan lebih teliti. Kebersihan tangan mesti diambil berat kerana kebanyakan jangkitan ini berpunca dari tangan yang tidak dicuci dengan bersih selepas terdedah kepada najis kucing. Anak-anak kecil pula perlu diingatkan agar tidak berlaku kasar dengan kucing untuk mengelakkan dicakar atau digigit. Rawatan segera juga perlu didapatkan sekiranya anda digigit atau dicakar sehingga berdarah oleh kucing anda, kucing liar atau kucing jiran yang anda benci.

0 Response to "2 Penyakit Kucing Ini Boleh Membunuh Manusia"

Catat Ulasan