《==== KLIK 2X TUTUP PAPARAN INI Button Close

Kepentingan Makanan Tambahan Pada Tubuh Badan Kita

loading...


KENAPA SAYA PERLUKAN MAKANAN TAMBAHAN?

Terdapat berbagai jenis makanan tambahan yang diperlukan oleh badan.Untuk memastikan pertumbuhan yang sihat di kalangan kanak-kanak dan mencegah kekurangannya bagi orang dewasa, pengambilan vitamin yang mencukupi untuk keperluan harian tersangatlah penting. Untuk mendapatkan keperluan makanan tambahan yang betul, zat dan vitamin mestilah diperolehi daripada makanan yang seimbang.

Dengan memakan berbagai jenis makanan termasuklah buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin, seseorang yang sihat pada semua peringkat umur akan memperolehi zat dan vitamin secukupnya daripada makanan tersebut.

Walaubagaimanapun sekiranya anda berasa anda tidak makan secara yang betul atau disyorkan oleh doktor anda untuk mengambil makanan tambahan seperti vitamin dan mineral, anda boleh mendapatkan makanan tambahan ini yang dijual di Farmasi tanpa nasihat dari doktor.


BILAKAH SAYA PERLUKAN MAKANAN TAMBAHAN?

Anda hendaklah merujuk kepada doktor yang mana beliau akan membuat pemeriksaan dan menentukan keperluan zat dan vitamin yang sepatutnya diambil. Terdapat beberapa keadaan di mana makanan tambahan seperti ini diperlukan.

- Kekurangan zat dan mineral

- Wanita mengandung dan menyusukan bayi.

- Bayi pra matang.

- Penyakit yang disebabkan oleh kekurangan zat makanan.

- Selsema/flu, di mana vitamin C dapat membantu proses penyembuhan.

- Bagi vegetarian yang mana tanpa makan telur dan minum susu mereka akan mengalami kekurangan vitamin B12.


ADAKAH IA MEMBERI KESAN SAMPINGAN?

Ramai yang menganggap bahawa makanan tambahan tidak memudaratkan apabila diambil berlebihan kerana mempercayai lebih banyak lebih baik. Hakikatnya bahawa apa saja yang diambil berlebihan pastinya akan membawa kesan yang memudaratkan. Begitu juga halnya dengan vitamin dan mineral yang mana pengambilan yang berlebihan akan menyebabkan ketidakselesaan dan dalam keadaan tertentu akan merosakkan badan kita.

Cotohnya vitamin larut lemak seperti A, D, E dan K umpamanya jika diambil berlebihan akan berkumpul dalam aliran darah dan boleh menyebabkan keracunan bila mencapai paras kepekatan yang tinggi.

Vitamin A yang diambil secara berlebihan boleh menyebabkan sakit kepala, loya, cirit, kulit kering/gatal, rambut gugur dan hilang selera makan. Lemah badan dan pusingan haid tidak menentu adalah gejala biasa namun dalam keadaan yang teruk boleh menyebabkan sakit tulang serta pembesaran hati dan limpa. Beta kerotin dalam dos yang tinggi pula boleh menyebabkan kulit bertukar warna oreng kekuningan dan bagi wanita mengandung menyebabkan kecacatan.

Berlebihan dalam pengambilan kalsium boleh mengurangkan amaun penyerapan zat besi dan zink dan menyebabkan sembelit dan loya. Risiko terjadinya simpanan kalsium yang banyak pada buah pinggang boleh menyebabkan batu karang dan merosakkan buah pinggang.

Zat besi yang berlebihan pula menyebabkan ianya terkumpul dalam organ badan mengakibatkan kegagalan jantung, penyakit hati dan kencing manis.


Walaubagaimanapun, pengambilan dos yang telah disarankan dapat menggalakkan kesihatan anda sepanjang hari. Dapatkan nasihat dari doktor atau distributor anda bagaimana cara untuk mengambil makanan tambahan yang diperlukan mengikut kadar yang betul.

PERHATIAN

Sebelum mengambil sebarang vitamin dan mineral rujuklah kepada doktor anda untuk menentukan tahap kesihatan anda. Ini akan mencegah daripada berlakunya sebarang kesan yang tidak diingini kepada badan anda hasil daripada pengambilan makan tambahan tersebut.

Ianya tidak boleh menggantikan makanan. Ia hanyalah makanan tambahan yang hanya menampung kekurangan zat makanan yang diperlukan oleh badan kita.

0 Response to "Kepentingan Makanan Tambahan Pada Tubuh Badan Kita"

Catat Ulasan