loading...
USAHA mengesan masalah penghadaman di peringkat awal adalah sangat penting, kerana banyak gejala penghadaman (sembelit, cirit-birit, najis berdarah dan sakit perut) mungkin petanda masalah yang lebih serius.
Sebagai
contoh, sembelit mungkin normal bagi ramai antara kita, tetapi sembelit yang
kerap boleh menandakan permulaan penyakit penghadaman yang lebih serius seperti
kanser kolon.
Pemeriksaan
perubatan secara berkala adalah cara paling baik untuk mengesan gejala awal
penyakit penghadaman.
Pemeriksaan
membolehkan doktor merawat, atau mencegah penyakit yang selalunya mengancam
nyawa daripada berlaku.Pendek
kata, pemeriksaan awal boleh menyelamatkan nyawa anda.Pencegahan adalah kaedah
yang paling berkesan.
Kenali
Gejala
Diet,
penyakit dan juga tekanan emosi boleh mengganggu sistem penghadaman.Jika anda
tidak menjaga kesihatan usus, anda pasti dibelenggu masalah.
Gejala
Biasa
Gejala
penghadaman seperti sembelit, cirit-birit, sakit perut, angin, kembung dan
senak perut boleh dianggap biasa.Tetapi
bila masalah biasa menjadi semakin kerap dan berpanjangan, gejala ini boleh
menandakan masalah perubatan lain yang lebih serius Bagaimanapun,
banyak masalah dan penyakit penghadaman, daripada Penyakit Refluks
Gastroesofagus (GERD) sehinggalah kepada kanser kolon, boleh dikesan awal jika
anda tahu tanda-tanda yang perlu diawasi.
Gejala
Serius
Gejala
yang disenaraikan di bawah boleh menunjukkan sesuatu yang tidak normal dengan
sistem penghadaman anda. Meskipun
gejala ini mungkin berbeza bergantung pada penyakit, adalah penting untuk
mendapatkan pemeriksaan doktor dengan segera jika anda mengalami mana-mana
gejala ini atau jika anda mempunyai sebarang keraguan tentang masalah sistem
penghadaman:
- Perubahan tabiat membuang air besar
- Najis berdarah
- Sakit abdomen yang teruk
- Kehilangan berat badan yang tidak dikehendaki dan tidak diketahui puncanya
- Pedih hulu hati yang tidak boleh dilegakan dengan ubat
Kanser
kolon boleh dicegah dan boleh dikesan awal.Pemeriksaan adalah kaedah yang
paling berkesan untuk pengesanan awal.
Jalani Pemeriksaan
Umumnya,
individu yang tidak mempunyai faktor risiko patut menjalani pemeriksaan untuk
mengesan gangguan dan penyakit penghadaman bermula usia 50 tahun. Bagaimanapun,
jika anda mempunyai faktor risiko, anda patut mula menjalani pemeriksaan pada
usia lebih awal. Antara faktor risiko yang patut diambil kira:
- Sejarah keluarga terdekat yang menghidap kanser termasuk kanser kolon
- Menghidap penyakit seperti Keradangan Usus (Ulcerative Colitis)
- Usia (risiko meningkat bila usia anda meningkat
- Faktor lain yang berkaitan seperti faktor gaya hidup, termasuk tabiat merokok, tidak cukup bersenam dan berat badan berlebihan; dan diet tinggi lemak dan rendah serat
Kaedah
pemeriksaan dan bila untuk menjalani pemeriksaan bergantung kepada faktor
risiko anda.
Kaedah
Pengesanan Awal
Doktor
akan mengesyorkan kaedah ujian yang terbaik dan paling sesuai untuk anda
selepas menilai sejarah kesihatan dan faktor-faktor risiko anda. Doktor
anda juga mungkin mencadangkan cara untuk mengurangkan kemungkinan anda
mendapat kanser kolon. Kaedah
biasa untuk mengesan masalah penghadaman di peringkat awal termasuk:
- Ujian darah dalam najis: Ujian mudah ini adalah untuk mengesan darah dalam najis, yang mungkin tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
- Endoskopi, gastroskopi, kolonoskopi: Dalam ujian ini, tiub gentian optik lembut dengan kamera video, monitor dan lampu dimasukkan ke dalam badan untuk membolehkan doktor mengesan sebarang keadaan tidak normal dalam perut, duodenum, esofagus, dan kolon atau rektum. Tiub gastroskopi akan dimasukkan ke dalam tekak, manakala tiub kolonoskopi dimasukkan melalui rektum untuk melihat usus besar.
Set Penghadaman Dapat Membantu Anda
Berikut adalah set kesihatan penghadaman yang terdapt di rangkaian produk Shaklee...
HERB-LAX - berfungsi untuk membersih usus di mana ia menyerap semua kotoran yang mendap di bahagian usus dan akan dikeluarkan oleh badan. Sangat sesuai bagi mereka yang menghadapi sembelit.
PEPPERMINT GINGFER PLUS - Melegakan perut dan mengeluarkan angin dari yang terkumpul di dalam badan kita. Memberikan sensasi nyaman dan sejuk kerana mengandungi daun pudina dan juga halia.
ALFALFA COMPLEX - Tururt berfungsi dalam membersihkan usus dan mencuci toksin di dalam badan supaya tubuh kembali menyerap zat yang diperlukan dari makanan.
ENERGIZING SOY PROTEIN - Merupakan agen penyembuh bagi membina semua keadaan usus yang cedera atau rosak akibat dari masalah penghadaman yang dihadapi. Kandungan protein yang tinggi diperlukan oleh tubuh bagi membina kembali sel-sel baru bagi menggantikan sel-sel yang telah rosak dan mati.
Sekiranya anda menghadapi masalah penghadaman yang serius, berjumpalah dengan doktor segera sebelum ia menjadi lebih parah. Sekiranya berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk diatas, bolehlah hubungi saya ok.. ( ^ _ ^ )
0 Response to "Mengesan Masalah Penghadaman Di Peringkat Awal"
Catat Ulasan