《==== KLIK 2X TUTUP PAPARAN INI Button Close

Kurus, Sihat, Cantik, Menawan Bersama Shaklee

loading...

Kesihatan merupakan anugerah tidak ternilai yang perlu kita pelihara dengan baik. Kebanyakan penduduk di Malaysia mempunyai masalah obesiti oleh keran dek pemakanan yang tidak teratur dan tidak dikawal. Disebabkan itu, ramai juga yang mengidap pelbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, gout dan sebagainya. Sekiranyan anda ingin menurunkan berat badan secara selamat, ada caranya. Berikut saya telah petik dari blog Hanis Amin tentang produk yang boleh membantu anda untuk merealisasikan impian anda untuk mendapat bentuk badan idaman. Namun, dengan bantuan produk sahaja tidak mencukupi sekiranya anda tetap tidak control dengan gaya pengambilan pemakanan anda. Ambillah produk diet apa pun kalau tidak disertakan dengan displin, anda tidak akan dapat berat badan yang anda idamkan sampai bila-bila. Yang penting, pemakanan yang sihat dan seimbang haruslah dititk beratkan...

Kebelakangan ni semakin ramai ingin cuba kurangkan berat badan dengan supplemen Shaklee.
Apa yang anda perlukan?
Basic course : Detox + Fat Emulsifier + Protein
Detox Product : Herb-lax  / Alfalfa
Fat Emulsifier/Pemecah Lemak : Lecithin /OmegaGuard
Protein : Cinch Shake / ESP




Kenapa perlu detox?
Detox penting untuk mengeluarkan toksin berlebihan dalam badan. Mungkin ada yang pernah berdiet tapi tak nampak kesannya. Puncanya mungkin masalah detox. Bila toksin terlampau banyak, badan akan sukar untuk serap nutrient yang diambil samada daripada supplement atau diet harian.
HerbLax TIDAK DIGALAKKAN untuk IBU MENYUSU jika diambil harian. Cara pemakanan perlu diubahsuai untuk BF mommy dalam 2 kali seminggu sahaja. Begitu juga bagi mereka yang jenis mudah lawas.
Diet yang berjaya bukan bermakna “SAYA TURUN BERAT 10KG DALAM SEBULAN”. Itu sebenarnya diet paling tak berjaya. Saya boleh jamin yang orang tu akan rebound balik.

Kenapa Lecithin/Omega perlukan Detox Product?
Lecithin/Omega fungsinya semata-mata untuk memecahkan lemak berlebihan dalam badan dan perlukan medium pengangkutan untuk bawa keluar daripada badan. Oleh itu, perlu ambil lecithin/omega dengan combination produk di atas.
Kepentingan Protein?
Protein penting untuk pelihara OTOT dalam badan. Ada orang yang berat badan turun tapi badan flabby ( menggeleber). Orang yang macam ni, yang turun tu bukan berat tapi die kehilangan otot. Otot penting untuk tingkatkan metabolisme badan bagi pembakaran lemak. Sebab tu kalau tengok penerangan tentang Cinch Shake, antara point yang ditekankan adalah pemeliharaan otot semasa diet.
Untuk Ibu menyusu, disarankan pengambilan ESP ( Energizing Soy Protein) daripada Cinch Shake sebab kalori cinch sangat rendah dan dikhuatiri membantutkan pertumbuhan anak-anak.
Jadi, perlukah saya ambil kesemua produk?
TERBAIK adalah ambil semua walau bagaimanapun kami faham yang ada alami masalah bajet. Untuk mereka ini, boleh mulakan samada dengan herb-lax+lecithin ataualfalfa+lecithin atau alfalfa+omega dulu ataupun gabunganHerbLax+lecithin/Omega+Alfalfa. Selepas berat badan mula turun, boleh tambah protein.
Tips diet
(1)   Sila ambil ukuran badan seiring dengan timbang berat badan. Diet ni tak semestinya akan turun berat badan dulu sebab ada individu yang badan shape on dulu baru die turun berat badan.
(2)   Kena konsisten dan jangan ingat boleh turun berat badan dalam sehari..Letak target jangka pendek 3 BULAN.
(3)   Stagnant period = normal untuk long term diet. Cuma continue diet seperti biasa sebab badan sedang shape on semasa stagnant period.
(4)   WAJIB ambil SARAPAN. Kita tidur lebih kurang dalam 6-8 jam dan sepanjang tempoh tu perut jadi berasid. Paling kurang bangun pagi tu, alas dengan segelas air untuk neutralkan asid tu. SARAPAN ni jadi penanda aras untuk tenaga sepanjang hari yea.
(5)   JANGAN SKIP MEAL..Kalau jenis nak mengunyah je, makan banyak kali tapi kuantiti sedikit. Dinner kalau tak mahu makan berat, ambil light meal walaupun sekadar biskut atau buah-buahan. Ini untuk elakkan badan bertukar kepada “starving mood”
(6)   Ambil NASI sekurang-kurangnya sekali sehari. Saya tak setuju dengan diet tanpa nasi sebab badan kita perlukan karbohidrat. Nasi adalah lebih baik daripada roti, mee dan pasta.
(7)   AIR KOSONG. Pengambilan air masak sangat penting. Setiap 25kg badan kita perlu ambil bersamaan 1LITER air.
(8)   Portion plate jaga : Separuh pinggan nasi +1/4 Sayur+1/4 lauk../Kalau lapar, tambah lauk n sayur..Bukan tambah nasi yea..
(9)  Snack between meal tu boleh sahaja tapi ambillah buah-buahan / dried fruits..senang cakap benda berkhasiat la
(10) Ambil buah SEBELUM makan bukan sebagai dessert..

*Sila dapatkan jadual pengambilan dan konsultasi dengan pengedar anda untuk kesan yang lebih baik.


0 Response to "Kurus, Sihat, Cantik, Menawan Bersama Shaklee"

Catat Ulasan