loading...
Anda sayangkan perut anda yang buncit
tu??...hahaha…Jangan sentap ye..Bukan niat nak perli, Cuma nak kongsi info
dengan anda…Jom tengok…
Perut Buncit
Tanda Awal Penyakit
Bagi anda yang masih
bujang dan masih mempunyai perut yang kempis (terutamanya lelaki yang aktif),
jangan sangka keadaan ini akan berkekalan. Anda pasti perasan bahawa bagi
kebanyakan lelaki, perut yang kempis itu pasti akan berisi dan
membuncit selepas berkahwin.
Tanda Bahagia?
Ramai orang kerap bergurau
dengan mengatakan perut buncit ini tanda bahagia atau tanda kemewahan tetapi
yang pastinya perut buncit telah terbukti secara saintifik berkait rapat dengan
banyak masalah kesihatan termasuklah masalah jantung.
Lemak yang terkumpul di perut
boleh termasuk dalam kumpulan lemak viseral, iaitu lemak dalam organ-organ
dalaman badan termasuklah hati, jantung dan sebagainya.
Ukur Lilit
Semakin buncit perut menandakan
seseorang itu semakin tidak sihat. Ukuran lilit yang ideal bagi kaum lelaki
ialah 90 sentimeter dan bagi wanita ialah 80 sentimeter.
Ukuran ini perlu dilakukan oleh
pengamal perubatan atau mereka yang mengetahui teknik ukuran tersebut. Pergilah
berjumpa dengan doktor atau jururawat bagi mendapatkan ukuran lilit perut
saudara.
Perut buncit
merupakan kriteria utama sebelum seseorang itu dilabelkan mendapat sindrom
metabolik yang berkait rapat dengan penyakit-penyakit seperti kencing manis,
hipertensi, masalah jantung dan sebagainya.
Cara Hidup Sihat
Tidak ada cara selain menjaga
pemakanan yang baik dan melakukan senaman secara konsisten bagi mengatasi
masalah perut
buncit. Mungkin cara sedutan lemak atau liposuction boleh
dilakukan tetapi kesannya adalah tidak berkekalan jika tidak mengamalkan cara
hidup yang sihat.
Tips Mengelakkan Perut Buncit
Bersarapan
Dengan Yogurt
Dipercayai
pengambilan yogurt yang rendah lemak ketika sarapan dapat membantu
menghilangkan lemak pada perut. Dengan ini dapat mengawal perut buncit.
Jangan
Gelojoh
Kunyah
makanan dengan perlahan dan telan makanan apabila ia telah benar-benar hancur.
Apabila menelan
makanan terlalu cepat udara yang tertahan dan tersekat di dalam usus akan
membentuk gas yang menyebabkan perut terasa penuh. Makanan yang tidak di kunyah
dengan lumat susah untuk di hadamkan dan menyebabkan terhasilnya gas-gas yang
membentuk perut buncit.
Kurangkan
Garam
Pengambilan
garam yang banyak di dalam diet harian akan menyebabkan berlakunya pertambahan
sodium dalam badan. Ia juga melambatkan mekanisma dan memasksa air keluar dari
sel badan anda dan meyebabkan perut terasa penuh dan perut mula mengembung
kehadapan.
Minum
Air
Sekiranya
anda berasa perut anda kembung dipenuhi air kesan daripada penyimpanan air
berlebihan, anda boleh mengurangi masalah itu dengan meminum lebih banyak air.
Pengambilan air ini dapat mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh untuk
melancarkan jumlah air yang keluar daripada tubuh. Selain itu ia juga dapat
menjamin fungsi hempedu supaya aktif mengeluarkan bendasing dalam badan.
Pengambilan
Serat Yang Tepat
Pengambilan serat dari buah buahan seperti pir dan
epal yang mengandungi banyak air dipercayai dapat mengimbangi penyimpanan air
yang boleh menyebabkan pengembungan pada perut.
0 Response to "Perut Buncit Tanda Awal Penyakit"
Catat Ulasan