loading...
Di petik ringkas dari Majalah Mingguan Wanita
Kelenjar adrenal ialah kelenjar yang terletak pada buah pinggang kita. Tugas kelenjar ini ialah untuk mengeluarkan hormon adrenal yang membolehkan manuasia mengadaptasi pada perubahan emosi., perubahan cuaca serta perubahan lain dalam hidup kita.
Hormon adrenal boleh di anggap sebagai hormon adaptasi. Tanpa kelenjar adrenal manusia akan mati. Oleh kerana kelenjar ini sangat sensitif dengan perubahan persekitaran dalaman tubuh maka ia bertanggungjawab terhadap pelbagai tugas.
Hormon adrenal turut dikenali sebagai hormon sosial kerana ia membolehkan seseorang merasa gembira dan relaks apabila dikelilingi oleh orang lain. Seseorang yang kurang hormon ini akan merasa rimas dan enggan berjumpa dengan orang ramai
Dewasa ini kerosakan pada kelenjar adrenal sering terjadi. Kerosakan membuatkan hormon ini sukar untuk seimbang serta pemakanan secara moden turut merosakkan kelenjar adrenal menjadikan kandungan hormon tidak seimbang dan hal inilah yang menjejaskan kesihatan.
Pelbagai ubat ubatan dicipta bagi menstimulasikan kelenjar adrenal namun akhirnya merosakkan kelenjar itu. Ubat diet seperti penfluramine dan sebagainya bertindak pada kelenjar adrenal. Ia meningkatkan hormon stres dan membuatkan seseorang bertenaga tanpa makan namun kesan sampingan ialah kerosakan adrenal.
Apabila rosak, kesan yang ditanggung seumur hidup ialah depresi, kesedihan melampau dan perasaan tekanan. Masalah kerosakan adrenal turut menjadikan seseorang cepat tua dan pigmentasi dan kedutan kulit.
Kafein Gagalkan Diet
Kafein merupakan satu bahan yang dikenal pasti meningkatkan aktiviti adrenal dan akhirnya merosakkan adrenal. Penggunaan kafein yang berterusan menjadikan usaha menurunkan berat badan gagal kerana stimulasi adrenal membuatkan lemak terhasil dengan banyak serta tenaga tidak dapat digunakan.
Oleh itu bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan penggunaan kafein serta minuman kafein seperti kopi dan kopi segera perlu dihentikan. Menurut kajian terkini, penggunaan hormon biodentikal dengan cara terancang mampu menyekat kerosakan homon. Ia memulihkan tenaga, kecantikan dan kesihatan seseorang.
Tanda -tanda kerosakan hormon adrenal termasuklah perubahan bentuk muka menjadi semakin kembang dan lebar, hidung menjadi semakin penyek, mata semakin kecik dan terperosok ke dalam, pigmentasi pada kulit, kedutan pada kulit, merasa keletihan dan stres yang melampau, keletihan pada waktu petang, mudah demam serta selsema.
Mereka yang kekurangan hormon adrenal ada kalanya merasa tenaga mereka lebih bagus pada waktu malam dan memilih untuk berjaga malam sambil menyudahkan kerja. Pada waktu siang mereka akan tidur.
Vitamin yang baik bagi pemulihan sistem adrenal ialah Vitamin C. Pengambilan Vitamin C yang berkualiti dan berterusan akan membaiki sistem hormon ini.
0 Response to "Bentuk Wajah Berubah Petanda Hormon Rosak"
Catat Ulasan