loading...
Selepas hampir 7 tahun melakukan pembedahan pintasan perut (gastric bypass) bagi memendekkan usus, pelakon Syanie nampaknya sudah semakin selesa dan yakin dengan penampilannya.
Malah, penampilan baru Syanie pada tahun baru ini juga telah mencuri tumpuan netizen. Rancangan Malaysia Hari Ini di stesen televisyen TV3 telah menjemput Syanie sebagai tetamu undangan, untuk salah satu topik yang dibincangkan dalam program tersebut .
Kehadiran Syanie pada rancangan TV itu sudah mula tular di laman sosial. Beberapa keping gambar penampilan terbaru Syanie mula diperkatakan oleh netizen. Malah gambar baharu Syanie semasa hadir di rancangan itu, mula dibandingkan dengan gambar Syanie suatu ketika dahulu yang memiliki berat badan 204kg sebelum melakukan pembedahan pintasan perut.
Tetapi, pembedahan itu telah dilakukan semata-mata kerana kesihatan. Berat badan Syanie dahulu sudah di tahap yang berbahaya sehingga memberi kesukaran untuk Syanie bergerak.
“Selain itu banyak pula penyakit yang datang seperti mudah sesak nafas, mudah letih, susah untuk berjalan, malah tidur pun dalam keadaan duduk.
“Kini semuanya sudah berubah, saya boleh melakukan aktiviti harian seperti orang lain, saya boleh keluar membeli belah, malah boleh memandu kereta sendiri, dan ramai yang tidak mengenali saya ketika berselisihan” ujarnya.
0 Response to "Ramai TERKEJUT Lepas Tengok Penampilan TERKINI Syanie, Pelakon Popular Berbadan Gempal Dahulu!! Serius Dulu Gemuk, Sekarang… PERGHH!!!"
Catat Ulasan