loading...
Seorang bayi bernama Karam Sarmed, yang berasal dari Iraq mengalami penyakit yang dipanggil polymelia atau sejenis kecacatan yang berlaku kepada 1 dalam satu juta bayi yang mengakibatkan bayi dalam kandungan mempunyai kaki atau tangan lebih. Polymelia juga dikenali sebagai hydra syndrome.
Penyakit ini berlaku ketika dalam kandungan akibat daripada pembentukan sel semasa dalam bentuk embrio yang tidak sempurna. Pakar menyebut polymelia juga boleh berlaku apabila satu pasangan kembar dalam pembentukan tetapi apabila salah satu kembarnya tidak mengalami tumbesaran lalu selnya melekat kerana disedut oleh pasangannya, membuatkan pasangannya mengalami lebihan kaki dan tangan.
Karam dimasukkan ke Hospital Jaypee, Delhi pada bulan Oktober tahun lalu ketika berumur 2 minggu dan tinggal di sana sehinggalah pembedahan beliau selesai kerana keadaannya yang kritikal. Karam akhirnya telah berjaya menjadi manusia pertama selamat menjalani pembedahan membuang lebihan kaki dan tangan.
Pada peringkat awalnya, ibu bapanya cuba mendapatkan rawatan di Iraq tetapi kebanyakan hospital di sana tidak mempunyai kepakaran untuk merawat kes sebegini, kemudiannya mereka mendapat berita yang pembedahan yang sama telah berjaya dilakukan di India. Karam mempunyai 4 lebihan kaki dan tangan, di mana 3 daripadanya bersaiz normal sementara satu lagi tidak terbentuk sepenuhnya. Salah satu tangan yang ada pula terbentuk di bahagian perut beliau.
Menurut doktor yang terlibat, peringkat pertama pembedahan adalah dengan membuang tangan yang keluar dari perutnya. Kemudian satu pembedahan untuk memperbetulkan saluran jantung beliau diperlukan selepas itu. Langkah terakhir pembedahan adalah dengan membuang kesemua anggota badan lebihan yang ada. Walaupun pembedahan ini berjaya, Karam tetap akan memberlukan pembedahan tambahan apabila dia meningkat dewasa untuk memperbetulkan kecacatan lain yang mungkin wujud selepas ini.
Ada beberapa kes lain yang melibatkan pesakit polymelia yang agak popular. Salah satunya juga kebetulan pula berlaku di India di mana seorang bayi lahir dengan 4 kaki dan 4 tangan di daerah Dumri Isri. Bayi itu dipercayai oleh penduduk setempat sebagai jelmaan Ganesha, Tuhan orang Hindu yang mempunyai 4 tangan.
Walau apa pun, kejayaan pakar di India membuktikan mengapa India kini adalah antara negara paling terkemuka di dunia sebagai pusat perubatan. Selain daripada tahap kepakaran yang ramai, kos yang tidak tinggi juga membuatkan India menjadi pilihan ramai pesakit untuk mendapatkan perubatan.
Karam kini dijadualkan akan menjalani satu lagi pembedahan dalam tempoh 6 bulan akan datang untuk memperbetulkan bahagian arteri jantungnya. Dilaporkan juga atas beban kos yang tinggi, ayah Karam, Sarmed kini terpaksa bekerja lebih untuk menampung belanja pembedahan walaupun kos di India lebih rendah berbanding jika dibuat di negara-negara lain.
"Kami mahu Karam menjadi seorang jurutera bila dia besar nanti," kata ibunya, Gufran.
"Kami mahu Karam menjadi seorang jurutera bila dia besar nanti," kata ibunya, Gufran.
0 Response to "Bayi Hydra Syndrome pertama dunia yang berjaya melepasi 3 peringkat pembedahan rumit"
Catat Ulasan