《==== KLIK 2X TUTUP PAPARAN INI Button Close

Jack Ma : Jika Masih Miskin Di Usia 35 Tahun, Itu Salah Kamu Sendiri

loading...

Jack Ma: Apabila mendirikan Alibaba, saya menjemput 24 rakan untuk datang ke rumah dan berbincang. Saya menghabiskan masa 2 jam, mereka yang mendengar pun kebingungan dengan saya. Bagaimana selepas itu? 23 di antaranya pergi dan hanya seorang rakan saya yang bekerja di bank, mengatakan bahawa, “Cuba saja, jika tidak berjaya, cepat kembali.” Saya pun memikirkan hal ini semalaman. Keesokan harinya, saya memutuskan untuk tetap mengerjakannya, walaupun 24 orang menolaknya, saya tetap akan mengerjakannya!
Pada masa itu saya ditentang keras oleh rakan dan keluarga. Saya sedar, sebenarnya kekuatan terbesar yang mendorong saya bukanlah kerana kepercayaan diri saya akan peluang internet, namun lebih kepada ini:
“Tidak kisah tiada yang menyokong, terlepas dari gagal dan berjaya, pengalaman adalah salah satu bentuk kejayaan.”
Anda tetap perlu berusaha, dan jika tidak berjaya, anda sentiasa boleh untuk kembali; tapi jika anda tidak mencubanya, sama sahaja dengan masa anda memikirkan banyaknya jalan, namun tetap berjalan di jalan yang sama.
Jack Ma: Banyak orang yang tersesat dalam hidupnya, kerana 4 perkara ini,
1. Tidak melihat kesempatan,
2. Memandang rendah kesempatan,
3. Tidak mengerti,
4. Bertindak kurang cepat
Anda miskin, kerana anda tidak mempunyai cita-cita.
Cita-cita adalah sebuah perkara yang besar dalam hidup, sebuah destinasi yang harus dicapai. Hanya jika anda tidak berani bermimpi, tidak berani mengerjakan, sebenarnya tiada hal yang tidak boleh terjadi dalam dunia ini.
Seorang pekerja biasa, kerana pernah diremehkan, akhirnya sekarang menjadi orang yang sangat dipandang, dan menjadi seorang wanita kaya yang tak tertandingi.
Awalnya, dia bekerja sebagai pekerja dengan kedudukan paling rendah di sebuah syarikat besar. Pekerjaannya adalah menuang teh, menyapu dan membersihkan bilik, sama sekali tidak ada yang memperhatikannya. Suatu hari, kerana dia tidak membawa kad pengenalannya, dia tidak dibenarkan masuk oleh pengawal.
Dia berkata kepada keselamatan bahawa dia adalah pekerja di syarikat ini, keluar sebentar kerana mahu membeli peralatan pejabat. Walaupun telah menjelaskan beribu-ribu kali, pengawal keselamatan tetap tidak membenarkan dia masuk.
Pada masa itu, dia melihat beberapa orang yang sebaya dengannya, menggunakan pakaian formal dan rapi, bebas keluar masuk gerbang tanpa perlu menunjukkan kad pengenalan. Wanita ini pun bertanya,
“Mengapa mereka boleh bebas keluar masuk tanpa perlu menunjukkan kad pengenalan?”
Pengawal keselamatan ini hanya menggoyangkan telapak tangannya dan berkata,
“Pergi sana, jangan ganggu saya lagi!”. Dia rasa sangat direndahkan, harga dirinya rasa dipijak-pijak oleh pengawal keselamatan.
Pada masa itu juga, dia dengan tegas berkata pada dirinya,
“Saya perlu membuat keajaiban, menjadi seorang wanita kaya yang dipandang! Agar dapat menguburkan rasa malu seperti ini!”
Setelah itu, dia mula menggunakan pelbagai peluang untuk mengasah diri. Setiap hari, datang kerja paling awal, dan pulang paling lewat. Dia berjuang setiap minit dan saatnya, setiap orang membuang waktu, dia memilih untuk belajar dan bekerja. Tidak lama, dia naik pangkat. Kerana kegigihan dan kerja kerasnya, dia kemudian menjadi General Manager dalam syarikat multinasional di China. Tanpa pendidikan yang tinggi, dia digelar “Ratu Pekerja”. Kemudian, dia juga menjawat kedudukan sebagai General Manager syarikat Microsoft di China. Dia adalah Juliet Wu Shihong.
Juliet Wu Shihong
Cuba fikirkan, jika pada masa itu dia tidak cuba untuk mengubah nasibnya, tidak mempunyai cita-cita untuk menjadi orang kaya, mungkin seumur hidupnya dia hanya akan menjadi orang bawahan. Kerana cita-cita yang besar, menjadikannya dia seperti dia ketika ini.
⦁ Anda miskin kerana anda tidak mempunyai keinginan untuk menjadi berjaya.
⦁ Anda miskin kerana anda kurang pandangan ke depan.
⦁ Anda miskin kerana anda tidak boleh mengatasi rasa pengecut anda.
⦁ Anda miskin kerana anda tidak mempunyai keberanian dan tekad.
⦁ Dengan cita-cita anda dapat mengatasi semua rasa rendah diri dan memaksimumkan potensi anda
⦁ Dengan cita-cita anda boleh bertahan, terus belajar perkara baru dan berusaha untuk sempurna.
⦁ Dengan cita-cita anda dapat menakluk segala rintangan, dan mencipta keajaiban apabila orang lain tidak berani.
Tidak kira miskin bagaimanapun keluarga anda, jangan meragukan kemampuan anda sendiri dan melupakan cita-cita anda.
⦁ Ketika keluarga anda menganggap anda tidak berharga, tidak akan ada yang kasihan pada anda.
⦁ Ketika orang tua anda tidak mempunyai wang untuk membayar bil-bil hospital, tidak akan ada yang kasihan pada anda.
⦁ Apabila anda diajar oleh pesaing anda, tidak akan ada yang kasihan pada anda.
⦁ Ketika orang yang anda cintai meninggalkan anda, tidak akan ada yang kasihan pada anda.
⦁ Apabila anda belum mencapai apa-apa pada saat anda berumur 35 tahun, tidak akan ada yang kasihan pada anda.
Bercita-cita dan berusahalah! Jika tidak, anda hanya membuang-buang masa muda anda.
Sumber: Gigacircle

0 Response to "Jack Ma : Jika Masih Miskin Di Usia 35 Tahun, Itu Salah Kamu Sendiri"

Catat Ulasan